Antara cerita selit-selit yang menarik... Si Hannan dan projek sekolahnya.
Tajuknya lebih kurang, "Oil Spill and its Impact on Wildlife". Cikgu dia bagi assignment 2 hari sebelum nak present jangan tak percaya. Dahlah tu... nak working model pulak. Haii... sabor ajelah jadik mak bapak ni tau! Mentang-mentanglah Cikgu Sains tu tau Si Hannan dan mak bapaknya ni memang selalunya tak menghampakan... main hantam-belasah aje suka hati dia suruh buat itu-ini.
Kalau tengok kat dalam gambar, minyak hitam dalam botol tu ialah minyak masak bancuh dengan kiwi kasut... hahaha... Cari oil based paint tak jumpa. Nak beli gris hitam, rasa tak berbaloi. Pergi mintak minyak kotor kat kedai service kereta, perkerja tak berani nak bagi sebab supervisor dah balik. Nasib baik Babahnya panjang akal... tapi kita dan Hannan ler yang dok membancuh dan menapis minyak tu... Melekat bau dan rasa kiwi kasut kat tangan... mabuk sekejap.
Sebenarnya Cikgunya dah tugaskan 2 kelas dari Year 9 dan Year 10 dengan projek untuk pameran ni. Dua bulan dia kasi masa. Tapi agaknya bila dia dah pergi tengok tempat, rasa macam tak cukup bahan nak penuhkan ruang... suruhlah Si Hannan dan sorang lagi kawan dia buat lagi satu bahan pameran.
Kitaorang ni la yang dok berpusing-pusing, keluar-masuk kedai sana-sini mencarik barang. Benda bukan boleh jumpa satu tempat. Tapi Alhamdulillah... dengan kerjasama satu family, siap jugak akhirnya. Selalu macam tu la... belah kitaorang buat model projek dan kawan Hannan buat poster. Budak tu jenis yang rajin tapi bapak dia tu yang jenis tak rajin nak melayan anak. Busy you... busy... 2-3 kali terkena... sendiri kena fahamlah kan...
Yang kat atas tu ialah salah sorang hakim yea... bukan Cikgu Sainsnya. Takut salah faham pulak karang... Kelakar pulak tengok Hannan. Bila berdiri dengan kita, rasa macam tinggi aje budak ni. Tapi tengok dia berdiri sebelah kengkawan dia... laaa... masih pendek rupanya... hahaha...
Ini Amiin... Jangan kata nak salin baju, bukak stokin pun tak sempat. Macam ni ler dia hampir tiap-tiap hari. Sampai rumah, terus panjat sofa dan lelap. Selalunya kita kasi ler peluang dia tidur dalam setengah jam sebelum kejut dia untuk makan. Itu pun punyalah payah nak bangun. Penat betul pergi sekolah ek?
Ini masa jemput kengkawan makan-makan sempena Birthday Adeem. Budak-budak ni nak makan kat bilik atas... Mak Bapak tak bagi. Diaorang nak makan kat ruang bawah... kena duduk dengan Mak Bapak... tak best laaa... Last-last duduk ramai-ramai kat tangga... comel kan?
Ini buat Bubur Sumsum... punyalah teringin nak makan... tapi sayang tak menjadi. Bukan salah resepi tak mengena tapi sebenarnya tepung beras kat sini kisarnya sangat kasar... memang tak menjadi bila buat kuih. Nampak tak bubur tu berbiji-biji? Rasa macam berpasir aje bila dimakan.
Buat Kuih Lompang lagi la frust. Dahlah tak lompang... kerasnya Ya Allah! Mula-mula memanglah hairan macamana teruk sangat jadi kuihnya. Dah banyak kali buat guna resepi yang sama... tak ada masalah pun. Bila kita perati-perati, belek-belek... barulah faham apa yang terjadi. Rupa-rupanya belum sempat lagi kita nak kukus, tepung dah mendak dan pekat kat bahagian bawah acuan.
Hmmm... memang kena cari tepung beras dari Thailand jugak. Setakat ni belum pernah nampak lagi... Tak pun, mau kena angkut 4-5 pek dari Malaysia ni... Aduh... makin berat ler beg!
Until later...

p/s Syukur Alhamdulillah.... adik kita Noora, dah pun selamat menjalani pembedahan. Sekarang tengah MC 6 minggu. Alhamdulillah... ovary tidak perlu dibuang kerana ketumbuhannya berada di luar ovary dan Alhamdulillah... biopsinya cancer free...
alhamdulillah dah besaq-besaq semua anak2 kita ya :-)
ReplyDeleteBetul la Mala... masuk teenagers semua dah...
Delete