Wednesday, June 6, 2012

Kebakaran Villagio...


Kita rasa ada juga di kalangan pembaca blog ni yang tahu tentang kisah kebakaran besar di Villagio Mall, Doha, Qatar ni... Tragedi yang berlaku 28hb Mei lepas... dah lama dah... Mungkin ada yang tertanya-tanya... kenapa laa seorang orang yang duduk kat Doha ni senyap aje... tak cerita apa-apa pun...

Sebenarnya bukannya tak mahu cerita... tapi tak tercerita... masih terasa ngeri. Yelah, kat situlah tempat kitaorang sekeluarga selalu pergi. Dalam seminggu kadang-kadang sampai 3-4 kali...

Sangat menyayat hati bila kanak-kanak yang menjadi mangsa. Tapi itulah... budaya "Sudah terhantuk baru tengadah..." wujud juga di sini. Bila dah terjadi tragedi yang macam ni, barulah terbukak tembelang. Rupanya begini... rupanya begitu...

Silalah baca link (dengan izin) dari blogger dohadimataku di sini, sini dan sini. Juga dua kisah yang bertentangan di link ini dan ini.

Kita hanya bersyukur kerana tak ada apa-apa yang berlaku semasa Amiin mengikuti rombongan sekolah untuk menonton wayang The Pirates - Bands of Misfits di Villagio beberapa minggu lepas. Ya Allah... Ya Allah.. lindungilah kami semua dari segala bala bencana... Amiin...

Al-Fatihah untuk 2 kanak-kanak Mesir yang terkorban...

Until later...

Gambar ihsan Google...

1 comment:

  1. Bila terbaca entri ni, terus google hal kebakaran tu. Terus menangis kat ofis bila terbaca pasal kembar 3 yg terkorban. Tak bleh nak bayangkan...

    ReplyDelete