Tuesday, June 12, 2012

Ikan Kembung Rebus Dan Goreng...

Orang kita panggil Ikan Kembung, kalau kat Brunei diaorang panggil Ikan Termenung. Ikan ni spesis Mackeral. Yang biasa kita makan ni namanya Indian Mackarel. ( Nota: Kawan kita Mala, kata... orang Utara pun panggil ikan ni Ikan Termenung...)

Masa buat makan-makan sempena Birthday Amiin Sabtu lepas, kita tanyakan pasal lauk ni kat sorang kawan yang berasal dari Terengganu. Biasala Mak-mak kan... mesti bukak topik masak-masak... hehe... Kita tanya apa rasa dia... macam mana nak masak dia...  

Kebetulan memang ada Ikan Kembung dalam fridge, maka inilah jadinya. Memang sedap! Semua orang suka. Rasa macam ikan pekasam pun ada. Ada jugak yang buat dengan ikan tongkol. Jom pegi dapur!

Ikan Kembung Rebus dan Goreng...

12 ekor ikan kembong
4 keping asam keping
2 sdbsr garam

Rebus ikan dengan sedikit air bersama asam keping dan garam.
Gunakan api kecil dan biarkan hingga airnya kering.
Goreng ikan yang telah direbus tadi.
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1" halia
5 biji cili hijau

Hiris semua bahan dan tumis dengan sedikit minyak hingga sedikit garing.
Letakkan ke atas ikan dan siap untuk dihidang.

Mula-mula diaorang semua ingat ini lauk ikan masak asam. Bila diberitau nama lauk... diaorang  agak skeptical jugak la mula-mula tu. "Sedap ke Ibu? Sedap ke Ibu?" Kita kata, "Iyyyee... sedap ler. Cubalah dulu..." Mana tahu? Hahaha... kita sempat meratah seekor sementara menggoreng batch kedua. Testing, testing... hahaha... Akhir kalam... semua suka makan. Insya-Allah akan dibuat lagi dan lagi...

Untul later...

5 comments:

  1. orang utara pun panggil ikan termenung jugak.

    kalau di penang ikan ni dah siap ada jual. kat KL pun ada kalau di pasar tani. selalu kukus kalau rebus takut hancoq ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aahh ye ke... sama pulak nama ek?

      Mala... kalau kukus macamana pulak diaorang letak asamnya? Guna asam jawa? Tapi kalau kukus, mestilah ikannya lagi cantik bila digoreng...

      Delete
    2. aku rasa tak letak asam keping sebab tak masam ...

      Delete
  2. saya guna ikan sardin yg small size..
    tapi tak de garnishing dgn bawang, lada etc..tu
    nanti buat penambahbaikan..
    sedaple sikit compared to yg goreng berkunyit tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tinggal seekor, kita simpan elok-elok dalam fridge. Tengahari tadi keluarkan... mmm... sedapnya... betul-betul rasa macam ikan pekasam. Seronok! Dapat rasa ikan pekasam tanpa bau melentung satu rumah tak hilang-hilang... hahaha...
      Ikan sardin ya... kalau jumpa boleh la try pulak...

      Delete