Pemandangan segar menghijau dari atas bukit comel... |
Kenapa kesejukan? Hmm... dah tak bawak jacket... kesejukan la kan... Kita kata tak payah turun tapi dah semuanya tak sabor-sabor nak berlari, "Sekejap aje... sekejap aje..." diaorang cakap. Hmmm... gasak korang laaa...
Terselit gambor kitaorang ketawa sampai sakit perut tengok Si Adeem berpaut kat mesin bila dia melayang ditiup angin... |
Kali terakhir datang ke sini ialah masa musim sejuk tahun lepas. Kitaorang memang suka lepak atas bukit. Boleh nampak pemandangan cantik sekitar taman. Lepas mencuba mesin exercise tu... budak-budak apa lagi... main guling-gulinglah dari atas ke bawah. Happy benor dapat berguling-guling camtu...
Pokok unik tu ada sebatang aje... |
Masa nak turun dari bukit, Si Aarif bisik, "Ibu, boleh tak panjat pokok tu?" Kita kata, "Pergilah cuba.." Yelah... kasik chan laa... Kita dulu pun champion bab-bab panjat pokok ni. Satu kepuasan tau bila dapat panjat pokok ni. Jadi, Aarif pun memanjatlah tapi tak sampai 5 minit... datang pulak Pak Guard suruh turun. Hahaha... kesian...
Rimbunan hedge yang tinggi tu ialah Open Air Musolla An-Nisa. Tempat solat untuk orang perempuan. Waktu-waktu sejuk ni boleh la layan ek... nyaman aje rasanya...
Pokok seksi tu memang ada sebatang aje. Besor tu... cuba banding dengan orang yang duduk kat sebelah dia. Bagus kalau dapat tanam sebatang kat depan rumah. Senang nak bagi arahan bila tetamu nak bertandang...
Alhamdulillah, itik-itiknya sihat dan bersih... |
"Ibuuu... itik tu boleh berenang laa!" Alaaaahaai... anakku Amiinn... Sabor ajelah...
Boleh nampak bukit comel kat belakang tu... |
salam huda....cantiknyeee tempat ni. hijau je. kat mana ni?
ReplyDeleteTaman ni kat Doha, tak jauh dari rumah kitaorang. Hijau macam kat negara tropika pulak rupa dia kan?
ReplyDeletecantik..selalu terbayang kat mata, kalau negara Arab mesti panas dan tandus.
ReplyDeletetak sangka secantik dan sehijau ini...
negara padang pasir ni mmg pelik... kalau takde air dia kering-kontang...
ReplyDeletetapi bila ada aje air... dah boleh naik pokok...
cantiknyer kat sana...
ReplyDeletehappy family..nmpk anak2 sgt enjoy
diaorang ni kalau dapat melompat-lompat, berlari, berguling... enjoy sakan laa
ReplyDeleteAssalamualaikum. Bestnya merantau ni... Rasanya mama ni dah tak ada peluang dah kot nak merantau... huhuhu....
ReplyDeleteWaalaikumsalam...
ReplyDeleteMamaFaMi... never say never. Mana tau kot-kot rezeki Allah nak bagi...