Thursday, February 24, 2011

Lemon Body Scrub...


Ini dia homemade Lemon Body Scrub yang baru kita buat tadi. Scrub inilah yang digunakan oleh Kak Rodiah sepanjang dia menjaga kita masa dalam pantang dulu.

Dia akan datang dengan satu cerek besar berisi air rebusan daun-daun dan limau kapas. Limau tu dipicit dan isinya digaulkan dengan garam halus lalu disental ke muka dan badan sebelum mandi dengan air rebusan tadi.

Scrub ni memang bagus untuk menanggalkan kulit yang kusam. Bila digunakan selalu, kulit akan jadi cerah berseri, badan pun jadi wangi.

Kalau kulit selalu gatal-gatal, cubalah guna scrub ni. Insya-Allah akan baik. Cuma kalau guna untuk mengubatkan kegatalan, Kak Rodiah pesan... lepas mandi mesti sapukan minyak. Gunakan minyak kelapa atau minyak zaiton supaya kulit tak jadi kering.

Mana-mana kawan kita yang pernah jadi client Kak Rodiah rata-ratanya pengguna setia scrub ni. Kak Rodiah guna limau kapas atau limau nipis yang masak kuning. Kat sini payah nak jumpa yang macam tu, yang selalu ada tu masih hijau... jadi gunakan lemon aje. Meh cuba!

Lemon Body Scrub

3 biji lemon
garam paling halus yang boleh dijumpai
** kita guna 1 pek 400g Garam Bukit Halagel

Rebus lemon sehingga lembut. Biarkan ia sejuk.
Koyakkan kulit lemon dan picitkan isinya ke dalam bekas.
Buang bijinya sebanyak yang boleh.
Tambahkan garam hingga bancuhan pekat dan gaul rata.
Dah siap untuk digunakan.

Scrub ni bertahan lebih-kurang seminggu kalau disimpan begitu sahaja. Tapi kita nak ingatkan, lepas beberapa hari... baunya akan menjadi tengik atau ia akan berbau basi. Jadi untuk tahan lebih lama, simpanlah dalam peti sejuk. Murah, berkesan dan sangat sesuai digunakan pada kanak-kanak.

Until later...

Monday, February 21, 2011

Buah Berangan Masaknya Merah...



Inilah dia Buah Berangan yang Abah beli kat Pasar BP semalam. Hargnya $8.00 sekilo. Direbus dalam Pressure Cooker 15 minit aje. Buahnya besar-besar, rasanya pun lemak-lemak. Sedap betol laa... puas makan!

Tapi yang kelakarnya... sebelum tu, Abah sempat eksperimen, dia masukkan 10 biji kat dalam microwave. Hmm... apa lagi, meletop-letop ler... hahahaha... Ohhh Abah ku!

Sambil-sambil ngopek buah berangan ni, Abah berpantun :

Buah berangan masaknya merah
Kelkati dalam perahu
Luka di tangan nampak berdarah
Luka di hati siapa yang tahu...

Penuh makna tu Bah!


Ini pulak gambar si Haniis dengan rambutnya yang berjaya jugak kita ponjotkan jadi pokok kelapa. Sekali pandang macam anak patung pun ada...

Until later...

p/s Kelkati ialah kelkatu...

Thursday, February 17, 2011

Inilah ceritanya...

Cuti Maulidur Rasul kelmarin kitaorang ke Johor Baru untuk menziarah abang ipar, Abang Jamal dan kakak ipar kita, Kak Ucu yang dah selamat melahirkan baby girl. Ini pun kes terkejut tak tersangka jugak ni... apatah lagi anak "bungsu" diaorang dah sebaya Aarif. Kitaorang usik, nak bersaing ker? Kitaorang ada lima, diaorang pun kena cukupkan lima jugak ker... hehehe...

Baby belum ada nama sebab abang-kakaknya semua nak bagi nama yang diaorang pilih. Takpe... boleh tunggu sampai 14 hari...

Tadi tengahari pulak, Si Adeem menangis-nangis bila balik dari Sekolah Ugama. Katanya dia terjatuh kat sekolah. Ingatkan dia jatuh terlentang terlungkup kat longkang ke apa ke... sebab sakitnya kat kawasan "groin" dan dia menangis-nangis bila nak buang air kecik.

Rupa-rupanya dia terjatuh kat dalam kelas. Jatuh terduduk dan terhentak dengan kuat dek kerana begnya yang berat sangat. Dia baru dapat semua buku-buku teksnya tadi. Alaaahaaai... kesiannya laaaa anak kita yang sorang ni...

Akhirnya kitaorang bawaklah dia ke Hospital. Dah macam tu sekali sakitnya, tambah lagi bila buang air kecik ada kesan darah. Tapi Alhamdulillah, dah buat CT Scan dan pukul 6.00 petang tadi, dia dah ok. Dah boleh buang air kecik dengan normal dan dah takde kesan darah lagi. Doktor kata dia takde kecederaan yang mudarat, cuma kena stay overnight untuk pemerhatian. Insya Allah esok dapatlah dia balik.

Nasib baiklah benda ni jadi masa Cik Abang masih dalam cuti. Bolehlah dia menjaga Adeem. Kalau tak... kenalah kita dan Haniis bermalam kat Hospital. Tengoklah hujung minggu ni, mungkin akan bawak dia berurut. Just to be sure...

Amiin tak mau balik, nak duduk kat Hospital dengan Babah dan Adeem...

Until later...

Sunday, February 6, 2011

Gegar 1,000 Blog Oleh Ben Ashaari...


Haa...kita ni sebenarnya tak pernah-pernah menjoin hapa-hapa aktiviti kat dunia blog. Inilah kali pertama nak try-try. Kita ternampak pengumumannya kat blog Che Mat Gebu. Meh tengok apa dia suruh buat...


1.LETAK HEADER BEN ASHAARI BLOG - Dah..

2.TAJUK GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI dan linkkan ke entry dia... Dah! Kat sini...

3.Tulis SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ?? - Dah jugak...

4.Tinggalkan url kita di ruangan entri dia - lepas ni...

Bukan apa... kita rasa dah sampai masa kita menyambungkan wayar kita ke blog-blog yang baru kan? kan?

Until later...

Khalilat-Un-Nahl...

Kelainan dari biasa...

Senang cerita, Roti Naik stail Oman... hehehe... Nama lainnya ialah Honey Comb Bread sebab ia disusun secara membulat dalam acuan pembakar, jadi bentuknya seperti sarang lebah. Roti ni berintikan keju dan bila dah siap, disiram pulak dengan air gula. Itu yang special tu.

Si Hannan dah mintak buatkan roti ni sejak Cik Abang bawak balik dari jamuan kat rumah jiran kita yang dari Oman tu. Resipi dah dapat lama tapi asyik ler berlengah-lengah, tak dibuat-buat sampailah dia mintak lagi semalam. Haaii... tak sampai hati pulak tengok muka kesian dia tu kan? kan?

Resipi asal kat sini. Ini terjemahan resipinya dengan sikit perubahan.

Khalilat-Un-Nahl

3 cwn tepung
2 sdbsr yis
1 sdbsr baking powder
1/2 cwn minyak
1/4 cwn susu tepung
3/4 cwn air
1/2 sdbsr gula
keju secukupnya - boleh guna chedder atau cream cheese

4 sdbsr gula
1/2 cwn air

2 sdbsr mentega
1 sdbsr serbuk kayu manis + 1 sdbsr gula perang

Campurkan tepung, yis, baking powder, minyak, susu tepung, air dan gula. Gaul rata hingga menjadi doh.
Tutup dan biarkan naik selama sejam.
Lengserkan acuan pembakar dengan sedikit minyak.
Ambil sedikit doh, leperkan dan isikan keju ditengahnya.
Bentukkan doh seperti bola. Pastikan tiada bahagian doh yang terbuka, kalau tak nanti keju akan mengalir keluar semasa membakar.

**Jika nak susunan sarang lebah, gunakan acuan bulat. Letakkan bola doh yang pertama ditengah-tengah dan susunlah bola-bola seterusnya disekeliling bola pertama tadi macam gambar kat bawah.

Ini percubaan pertama. Rugi ruang tak dapat isi banyak tapi nampaklah rupa sarang lebahnya. Yang ini guna resipi asal...

**Yang ini kita susun cara biasa aje.

Ini percubaan kedua. Kita dah gubah semula resipi dan taburkan cinnamon sugar. Sedapnya...

Buat sehingga habis dan biarkan ia naik lagi sekali.
Bakar dalam oven 190C, 375F, Gas Mark 5 sehingga kekuningan, dalam 25 minit.

Sementara roti dibakar, buat air gula. Cuma perlu masakkan gula dan air hingga agak pekat. Sejukkan.

Sudukan air gula ke atas roti sebaik sahaja dikeluarkan dari oven. Sapukan mentega dan taburkan serbuk kayu manis bercampur gula perang. Siap untuk dihidang.

Nampaknya roti ni dah jadi favourite. Buat pengetahuan, roti yang kitaorang dapat dari jiran tu, intinya creem cheese, bentuknya bulat kecik-kecik macam guli dan rasanya ooo mak ai... manis medu! Tak termakan lebih dari satu.

Dalam resipi asal jugak, roti ni disapukan telur sebelum dibakar tapi tau ajelah kita ni tak berapa suka bau telur jadi kita gantikan dengan mentega.

Serbuk kayu manis tu? Itu favourite smell and taste kita, jadi memandai-mandai ajelah tabur. Lebih semerbak dan lebih sedap jadinya. Cubalah yea...

Until later...

Friday, February 4, 2011

Bersantai di rumah...

Sebagaimana yang kita dah kata dulu, cuti panjang ni kitaorang tak ke mana-mana. Haa... bestnya dapat berehat-rehat kat rumah. Cik Abang pun cuti seminggu, jadi dapatlah kita masak-masak yang special sikit.

Semalam kita masak Nasi Jagung atas permintaan Mak Mertua, pagi tadi buat Kuah Hitam Yong Tau Fu untuk sarapan. Ni ingat nak buat Popia Basah pulak. Bukan apa, tak jumpa laa orang berjual Yong Tau Fu dan Popia Basah kat sini. Mengidam dah lama, last-last terpaksalah buat sendiri aje.

Mak, Abah, adik kita Noora dan anak-anaknya akhirnya sampai jugak di Kedah semalam. Jem yang sangat teruk katanya. Harap-harap perjalanan balik nanti lebih baik.

29hb Jan kelmarin ialah Birthday Aarif yang ke 9. 11hb Feb nanti Birthday Hannan yang ke 13 pulak. Seperti biasa, sambutan birthday diaorang berdua dibuat sekaligus dan macam biasa jugak diaorang mintak belanja makan Shushi King la... Nasib baik setahun sekali, kalau selalu... mahu bengkok poket!

Kek nak jugak...

Cepatnya masa berjalan, Haniis dah pun masuk 4 bulan. Dia dah pandai meniarap, dah pandai berbual dan ketawa. Kita pun dah mula suapkan dia bubur nasi sikit-sikit.

Air liur meleleh...

Hari Ahad ni, Cik Abang akan ke Cyberjaya semula. Hari Isnin, semuanya back to routine. Semangat! Semangat!

Until later...

Thursday, January 27, 2011

Di sini...

Melayan anak-anak bersekolah ialah satu tugas yang sangat demanding. Tanyalah mana-mana Ibu pun, memang memenatkan. Tapi dalam pada tu, kita tetap bersyukur kerana sebenarnya kita ini amat bertuah.

Mendengar cerita salah seorang anak murid Mak yang ada tujuh orang anak dan tiap-tiap hari dia berulang menghantar dan mengambil anak-anak dia dengan hanya naik motosikal sangat menginsafkan kita. Terus tak jadik nak meresah-resah. Malu...

Alhamdulillah, kereta dah dapat dah...

Minggu depan sekolah akan bercuti selama seminggu, aaaahhh... lega sikit rasanya. Mak & Abah pulak nak ke Kedah untuk melawat sepupu kita disana. Diaorang ada mengajak, Cik Abang pun tanya kat kita samada kita nak ikut sama atau tidak? Kita kata takpelah... cuti kali ni kita nak guling-guling aje kat rumah, boleh? Hahaha... penatlah...

Yelah, kitaorang ni kan belum berhenti-henti lagi sejak dari hari mula mengemas dan berpindah dari Brunei hinggalah sekarang. Tak larat rasanya nak travel jauh-jauh buat masa ni. Biarlah dulu...

Apatah lagi semenjak Cik Abang kat KL nih, kita memang terpaksa tidur lambat tiap-tiap malam. Mengambik alih tugas mengaturkan si Amiin ke tandas. Nak mengaturnya pulak paling cepat mesti pukul 1.00pg, kalau awal dari tu... tak berkesan. Memang basahlah tilam jawabnya.

Terpaksalah buat macam tu sebab kita ni, kalau dah tidur mesti dikejutkan barulah terbangun. Nasib baik bila duduk kat sini, pukul 5.30pg kita mesti terjaga sebab Abah kita hidupkan enjin kereta untuk ke Masjid. Kalau terlajak jugak, Mak mesti akan kejutkan punya. Oklah tu... kalau tak, terpaksalah Cik Abang buat wake-up call hari-hari.

Jangan tak caya, ini perkara biasa. Samada dia di KL atau dimana-mana tempat lain sekalipun, dia akan tetap call untuk kejutkan kita bangun tidur. Romantik? Takdelah... dia cuma takut anak-bini dia solat Subuh tahap gajah... hahaha... Yang herannya, bila dia telefon tu, boleh pulak kita terjaga. Bunyi-bunyi alarm memang tak bangun. Setkanlah macamana pun, tak terjaga punya. Tapi bila dia call, bingkas! Hahahaha...

Sejak-sejak balik ni, kita tak ada kesempatan lagi nak memasak apa-apa yang istimewa. Masak apa yang sempat aje. Itupun kalau sempat masak, kalau tak... beli aje. Si kecik Haniis tu, kalau dia dah nak Ibu dia, Mak Tok dia tak mau, Tok Abah dia tak mau... terpaksalah lepaskan aje apa yang tengah dibuat. Jadi memang rasanya entry masak-masak akan lama berhenti siaran.

Haniis pegang botol sendiri. Amiin lena...

Tapi tadi dia tidur agak lama, dapatlah masak Nasi Jagung, kari sayur dan goreng Ayam Segera Ayamas. Cukuplah untuk menghilangkan muak lauk-pauk kedai yang dah berhari-hari jadi santapan.



Haa... ini dia. Senang aje Nasi Jagung. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis, jagung biji dan garam sikit dalam minyak jagung. Lepas tu masukkan ke dalam beras yang dah bersih dan siap disukat airnya. Tekan punat periuk dan lepas tu siap! Ehh... kata takde entry masak-masak. Hehehe... bolehla... resipi sempooooiii...

Until later...