Tuesday, November 13, 2012

Kembara Doha-Muscat 25hb Okt-1hb Nov 2012-Bhg 5


Salah-satu perkara menarik di Oman ialah kota-kota lamanya. Selalunya dibina nuuuun kat atas gunung batu yang tinggi untuk dapatkan pandangan laut.

Selama ni kita asyik dengar cerita pasal forts dan castle kat negara omputih... rupanya kat Oman ada banyak. Lebih kurang 500 buah sepanjang pesisiran laut Oman. 

Dongaklah ke puncak gunung kat tepi pantai... paling tidak, mesti ada berdiri satu menara pengawal. Extreme engineering... suka tengok...
Kota Lama di Mutrah. Lupa nak ambik gambar. Yang ni diambil dari andy in oman...
Tangga menuju ke kota hanya 3/4 perajalanan... jadi ambik-ambik gambor kat tangga curam ni aje...
Masing-masing melawan rasa gayat. Eeeiii... terasa-rasa liciiin tapak kaki tengok gambor ni...
Seronok panjat tinggi-tinggi ek?
Aarif tengah geram... Amiin main lompat-lompat... tak reti takut la budak tu...
Di Oman... muzium berada di mana-mana. Sampaikan pintu gerbang pun boleh dijadikan museum. Muscat Gate Museum. 3 fungsi dalam satu... muzium, pintu gerbang dan jejantas...
Mural mozek tak jauh dari tangga entrance ke muzium. Tangganya kat celah-celah rumah orang...
Muscat Gate Museum dibina di atas tanda sempadan bandar Muscat yang lama...
Naik tangga yang landai untuk sampai ke dataran ni. Anak-anak yang bermain tu ialah dari kejiranan
 yang bersebelahan  dengan muzium...
Malangnya muzium di tutup... jadi layan ajelah gambor-gambor sekitar muzium yea...





















Tangga ke tingkat bawah...
Cool kids... 
Bersantai kat atas tembok...
Rumah dan pokok celah gunung batu...
Cuba kira ada berapa satelite dish kat atas bumbung tu...? Agak-agak berapa ramai orang
yang duduk kat dalam bangunan comel ni?
Ada terselit gambar Kota Lama ni rupanya. Waktu malam yang dihiasi bulan mengambang...
Until later...

Monday, November 12, 2012

Kembara Doha-Muscat 25hb Okt-1hb Nov 2012-Bhg 4

Dalam perjalanan ke Istana Al Ilam, berhenti tengah jalan ambik gambar mural kat gunung ni...
Mural Wadi Al Kabir di Al Bustan Street...

Istana Al Ilam yang berwarna ceria. Panas terik berdenting!!
Kota lama di sebelah kanan kompleks perkarangan istana...
Free posing group shot...
Redup sikit..
Kat belakang tembok ni ada tangga untuk naik ke fort tapi malangnya laluan ditutup...
Semua orang dah lapor. Berkelah di Kalboo Park...
Hai! I'm little Haniis!
Budak-budak mececah air...
Mutrah di kejauhan...
Jernih... bersih...
Sementara nak sampai ke rumah... sempat singgah kat sini. Tengok pusat operasi Petroleum Developmet of Oman dan Shell...
Shell sebelah kiri... PDO sebelah kanan... eh? Betul ke?
Until later...

Sunday, November 11, 2012

Kembara Doha-Muscat 25hb Okt-1hbNov 2012-Bhg 3

Waaa... Oman air... bersihnyaaaa... lapang hidung nak bernafas...
26hb Okt 2012

Okeh! Dah sampai Muscat. Untuk pengetahuan... kitaorang menumpang di rumah Mala dan suaminya Hasni. Terima kasih banyak-banyak yea... Sudahlah tumpang rumah, bawak kitaorang jalan-jalan, makan-makan. Layanan sangatlah baik. Insya Allah... angan-angan lawatan balas ke Doha dah pun dipasang. Duduk dengan kitaorang pulak eh!
Pagi-pagi lepas sarapan, kitaorang dibawak berjalan. Perkara pertama yang kitaorang perasan kat Muscat ni... udaranya sangaaaatlah bersih. Clear dari tanah ke langit... hahaha... Yelah... kita ni kan duduk Doha, sentiasa berdebu.

Kemudian baru perasan. Muscat ni tempatnya bergunung-ganang batu. Tak banyak pasir... Itu mungkin sebab utama kot udaranya bersih. Apapun... kitaorang sukakan kecantikan Oman.

Inilah rupa batunya. Diaorang kalau nak buat rumah, tak payah susah-susah pacak foundation rasanya... boleh bina terus. Dinding belakang rumah yang melekat terus ke gunung pun ada... Sempoi...

Lepas bergambor-gambor dan menikmati udara bersih kat sini, kitaorang dibawak ke Pantai Qantab pulak. Berjalan-jalan di tepi pantai dan dicelah rumah orang tempatan. Suasana yang original...

On the road to Pantai Qantab...
Pantai Qantab yang bersih...
New friend and old friend... Suhaila di sebelah kiri, Mala sebelah kanan...
Babah and baby...
Lalu belakang rumah orang...
Terkejut tengok pokok bunga kertas merimbun... pastu ada pokok limau nipis merimbun kat rumah sebelah pulak...
Pokok limau nipis. Siapa sangka boleh hidup subur kat tepi pantai negara padang pasir. Sampai ditongkat-tongkat
untuk menampung dahannya yang subur dengan daun dan buah limau...

Kat celah dan selit. Nak buat besar, nak buat kecik. Macam main pondok-pondok.  Setiap lorong ada nombor...

Berselirat jalanraya di cerun dan lembah... Lepas ni ke Istana Al Alam...
Until later...

Thursday, November 8, 2012

Kembara Doha-Muscat 25hb Okt-1hb Nov 2012-Bhg 2

25hb Okt 2012...

Kitaorang bertolak dari Salwa (sempadan Qatar-Arab Saudi) pada pkl 1.00pg. Rombongan terdiri daripada 4 buah kereta dan 1 buah motosikal berkuasa tinggi. Yea... ranggi...

Lepas selesai semua urusan immigresen... kitaorang solat subuh dulu sebelum teruskan perjalanan ke Sila (sempadan Arab Saudi-Abu Dhabi).


Selama ni ingatkan paling ler leceh urusan kat Immigresen Arab Saudi... tapi bila sampai kat Immigresen Ghuwaifat, UAE... terkejut sangat. Punyalah sesak, riuh dan berserabut. Tak pernah jumpa pejabat immigresen yang gaya lebih macam pasar! Kena bersabor berhabis sabor...

Rakyat Malaysia tak perlu beratur untuk ambik borang, buat cap jari dan ambik gambor. Walaupaun cuma perlu nak cop passport aje... lebih sejam Cik Abang dan kengkawannya beratur tak berganjak...
Laluan ke immigresen... dah boleh nampak kesesakannya...
Kenapa teruk sangat? Pertamanya... orang memang terlalu ramai. Yelah... hari-hari awal percutian yang panjang. Orang lain pun nak buat road trip jugak kan...

Keduanya... pegawai bertugas perlu key-in nama dan lain-lain butiran dengan ejaan Jawi. Bila berdepan dengan nama pelik-pelik orang Melayu, India dan Omputih... jenuh ler dia nak menterjemahkannya. Tambah pulak skill menaip yang setakat ketuk guna 2 jari... hmm...

Bila dah nampak gitu... diaorang pun siap-siaplah tuliskan nama ahli keluarga masing-masing kat kertas lain dalam ejaan Jawi. Dapatlah mempercepatkan sikit prosesnya. Tapi dalam pada tu... ada jugak nak jadik lawak. Sorang kawan tu namanya "Azwira". Bila pegawai tu baca nama dia yang dieja dengan Jawi... "What? Your name is Aaaa... Zorro?" Adooiii...
Ada macam-macam jenis barang kat atas trailer yang beratur ni...
Itu pun masih kira Ok lagi. Kalau pemandu trailer... kena tunggu berhari-hari untuk semua urusan Immigresen dan Kastam di Batha, Arab Saudi dan Ghuwaifat, UAE selesai. Trailer dan lori beratur sampai berbelas kilometer jauhnya...

Keluar dari kompleks immigresen pkl 12.30tghari... semua dah lapor. Jadi kitaorang berhenti kat sini untuk isi minyak dan isi perut. Alhamdulillah...
Licin-licau Nasi Arab berlaukkan ayam panggang, ikan goreng dan salad...
Dengan semangat baru, konvoi pun mulakan perjalanan untuk merentasi UAE. Takde apa sangatlah dalam perjalanan ni... cuma risaukan si penunggang motorsikal tu. Kalau sebelum ni kitaorang akan berhenti kat stesen minyak pada setiap 150-200km untuk dia isi minyak... tapi sepanjang-panjang highway yang lebih kurang 300km tu... takde langsung stesen minyak!

Cuba-cuba jugak call... tapi tak angkat. Selalunya bila dia berenti kat mana-mana... dia mesti beritau konvoi. Kita kata kat Cik Abang, sepatutnya ada satu kereta yang bawakkan setong petrol untuk dia. Boleh jugak buat top-up bila perlu...

Akhirnya selepas hari dah masuk ke malam... dia beritau, dia dah sampai kat stesen minyak pertama di penghujung highway. Rupa-rupanya dia langsung tak berani nak berhenti. Dengan lampu isyarat fuel yang dah berkelip-kelip... dengan berbagai bunyi tak normal keluar dari motorsikal dia tu... bertawakal ajelah teruskan perjalanan. Alhamdulillah selamat...

Sampai di Buraimi (Sempadan UAE-Oman) dah pkl 9.00mlm. Bila tengok orang beratur sampai melimpah ke jalanraya kat pejabat immigresen, masing-masing setuju untuk bermalam kat bandar terdekat iaitu Al-Ain.

Disebabkan kitaorang semua dah keluar gatepost UAE terpaksalah berpatah balik... dan terpaksalah berstory-story dengan pegawai yang bertugas. Alhamdulillah... pegawai tu understanding orangnya. Dia suruh ke pos Mazyad (Sempadan UAE-Oman) yang lebih kurang 24km dari Al-Ain. Kat situ tak berapa ramai orang katanya...

26hb Okt 2012

Alhamdulillah... kat sinilah tempat kitaorang bermalam...
Dapatlah para suami berehat lepas hampir 24 jam memandu tanpa henti...
Pkl 10.30pg.. konvoi dah mula loading kereta masing-masing...
Selaraskan GPS masing-masing sebelum bertolak...
Ada satu keluarga lagi join konvoi. Diaorang dulu duduk kat Al-Khor, Qatar... tapi sekarang duduk di Jubail, Arab Saudi. 1,2,3,4,5... cukup semua ketua keluarga merangkap pemandu ada kat dalam gambor...

Selepas berjalan kira-kira sejam, kitaorang berhenti kat sini untuk isi minyak, beli kopi panas dan jajan kat sini...
Menjengah rakan-rakan bertanya khabar...
Berlatarbelakangkan Jabal Hafeet...
Ustaz Salman dan motorsikal yang menjadi perhatian di sepanjang
perjalanan. Diaorang jarang jumpa orang naik motor kat sini...
Ustaz Salman berkerja dengan Qatar Foundation. Antara tugas utamanya ialah sebagai Pelatih kumpulan debat Bahasa Arab untuk universiti dan kolej di Qatar. Orangnya muda dan gayanya bersahaja... tapi penyampaian ilmunya mendalam, penuh fakta, jelas dan sangat berkesan kepada yang mendengarnya. Isterinya balik Malaysia sekejap... itu yang solo tu...

Dah sampai di sempadan. Ini pos immigresen UAE..
Pintu gerbang pos immigresen Oman...
Bila sampai kat Pejabat Immigresen dan Kastam Mezyad... hati berbunga sebab pejabatnya besar, selesa, bersih dan paling penting... tak ramai orang. Rasa-rasanya masa tu cuma ada lebih kurang 10 keluarga aje yang sedang berurusan. Tapiiii... sungguh gitu... makan masa tiga jam jugak. Hmmm...jadi sempatlah solat dan atur anak-anak ke tandas sementara menunggu. Budak-budak jangan kata la... berlari-lari kat dalam tu macam rumah sendiri.

Nak jadi cerita lagi... pkl 3.00ptg konvoi dah mula beransur keluar dari pemeriksaan terakhir tapi sampai kat kitaorang... sangkut! "No small paper?" dia tanya. Haaa...? Sudah... terpaksalah yakinkan orang kat dalam pejabat tu dia memang tak beri small paper pun. Akhirnya terlepaslah jugak kitaorang lepas 15 minit tersangkut. Lagi sekali... Alhamdulillah...
Stesen minyak Oman yang pertama dijejaki...
Nak pergi mana? Nak pergi mana? Beratur signpost haa...
Gunung-gunung batu penghias pemandangan Oman...
Jauhnya berjalan nak sampai ke Muscat. Kalau tak perasan hari itu ialah Hari Raya Haji. Mala dan keluarga dah siap beraya dah kat Muscat... kitaorang beraya on the road... hahaha...

Konvoi berpecah selepas sampai di Muscat dan Alhamdulillah... akhirnya sampai jugak kitaorang kat rumah Mala lebih kurang pkl 9.30mlm. Legaaaa...

Until later...

Monday, November 5, 2012

Kembara Doha-Muscat 25hb Okt-1hb Nov 2012-Bhg 1

Sempena cuti sekolah untuk Hari Raya Haji, Alhamdulillah... kitaorang kembara lagi. Kali ni ke Oman... dengan memandu kereta. Mula-mula macam tak percaya bila Cik Abang tanya "Nak berjalan pegi Oman?" Hish... betul ke ni? Yelah kan, jauh tuuu... 

Dia kata, kalau nak... kena cakap cepat-cepat. Ada beberapa kawan yang dah confirm nak pergi, boleh ikut konvoi diaorang. Peluang nak buat Exit Visa untuk keluarga dan kereta ada 3-4 hari je sebelum  Pejabat Immigresen tutup untuk cuti Raya.

Hmmm... kalau dah gitu,  kita kata... kalau rasa badan larat nak drive...  go on ajelah. Kebetulan kawan kita, Mala - Journey to Simplicity tu ada kat Muscat. Boleh ler calling-calling...

Makanya bermulalah kembara kali ni... Wooo... hadoooiii... ferh... Astaghfirullah... Subhanallah... MasyaAllah.... Insya Allah... Alhmdulillah...! Semua ada... Sebagai pembuka, meh tangok peta kat bawah... (Sori gambar tak berapa jelas... buat manual aje. Nak buat online tak menjadi-jadi pulak. Daripada buang masa... camni ajelah yea...)
Pejalanan bermula di Doha pada pkl 1.00pg 25hb Okt kemudian bermalam di Al-Ain, Dubai. 11.00pg 26hb Okt sambung perjalanan ke Oman dan sampai di Muscat lebih kurang pukul 9.30mlm. Makan angin kat Oman 27-29hb Okt...
Kerja keras kereta-kereta nih... tuan punya kereta kopi break kat tengah jalan...
Kopi disupply oleh tuan punya kereta ni...  Ada aje makanan dan minuman dihulur keluar tingkap tiap kali berenti.
Termasuklah kopi panas. Dia bawak thermos besor...
Bertolak ke Dubai bersekali dengan Mala dan family lebih kurang pukul 6.00pg 30hb Okt. Makan angin kat Dubai 30-31hb Okt...
Antara gaya budak-budak lepak kat dalam kereta...
Nampak kita ambik-ambik gambor... dia pun nak bergambor jugak...
Bertolak balik ke Doha lebih kurang pukul 9.00pg 1hb Nov dan sampai rumah dalam pukul 8.00mlm...
Kita ni suspen takut kena saman sebab kereta kotor...diaorang siap buat grafitti la pulak. Lepas ambik gambor, kita terus lap dengan tisu.. Tak pepasal aje ni karang...
FYI, kereta-kereta kat Oman dan UAE mesti sentiasa maitain bersih...
Di remang petang dalam perjalanan balik ke Doha...
Kisah panjang berjela... camne nak cerita? Gambor beratus-ratus... camne nak letak? Berapa bahagian agaknya kisah kembara kali ni? Hehe...

Until later...
Jejak tuan punya blog...