Sunday, August 26, 2012

Berhari Raya di Doha Lagi... 2012...

Selamat Hari Raya semua... Kita mohon maaf kepada seluruh keluarga, saudara-mara dan sahabat-handai. Cerita biasa-biasa aje kat Doha ni. Meh tengok gambar...
Ambik gambar sepantas kilat. Tak sempat nak posing ke apa ke. Nak cepat pegi Solat Aidil Fitri...
Solat Aidil Fitri di Majlis Anjuran Kedutaan Malaysia. Buat di Dewan Sekolah Tariq Bin Ziyad School for Boys...
Khutbah Aidil Fitri oleh Ustaz Salman...
Pastu dah boleh makan-makan...
Dan main-main...
Cik Abang dah kenyang. Masuk kereta dan pergi lepak kat rumah kawan sampai petang. Pastu balik rumah dan rehat-rehat aje. Sempoi aje Hari Raya kan? kan?

Until later...

Monday, August 13, 2012

Kefta Tagine...

Dah lama betul tak masukkan entry masak-masak kan? Jadi harini kita nak tunjukkan resepi dari Morocco - Kefta Tagine. Resepinya kita ambik dari buku resepi Moroccan Easy Recipes. Techniques. Ingredients. Buku souvenir yang dibeli masa pergi Dubai dulu...

Senang cerita... masakan ni sebenarnya ialah bebola daging dalam sos tomato. Macam biasa makan aje kan? Macam kuah spaghetti dan meatballs tu ke? Oh tidak... seakan sama tapi langsung tak serupa. Yang itu rasa Eropah... yang ini asli rasa Timur Tengah. Sangat sedap! Meh cuba...

Kefta Tagine...

Bebola Daging..
500g daging lembu / biri-biri cincang
1 biji bawang besar dicincang halus
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 sdt pes halia
2 sdbsr daun sup dihiris
2 sdbsr daun ketumbar dihiris
1 sdbar daun pudina dihiris
1 sdt serbuk paprika
1/2 sdt serbuk lada hitam
1/2 sdt serbuk cayenne pepper
1/2 sdt serbuk jintan halus
1 sdt garam
3 sdbsr minyak zaitun untuk menggoreng

Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
Bentukkan menjadi bebola mengikut saiz yang disukai.
Panaskan minyak zaitun di dalam kuali non-stick dan gorengkan bebola daging.
Sentiasa golek-golekkan bebola daging semasa menggoreng supaya masaknya rata.
Angkat dan ketepikan. Lap bersih kuali dengan tisu dapur.

Sos Tomato...

2 sdbsr minyak zaitun
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dipotong dadu
2 sdt serbuk jintan halus
1 sdt serbuk paprika
1/2 sdt serbuk kayu manis
10 biji besar tomato ranum - dibuang biji dan dipotong dadu
2 sdbsr harissa (pes lada) - gantikan dgn lada kisar
4 sdbsr daun ketumbar dihiris halus
2 biji telur
garam secukup rasa

Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumiskan bawang besar sehingga ia lembut.
Masukkan bawang putih, serbuk jintan halus, paprika dan kayu manis.
Tumiskan sehingga naik minyak. Masukkan tomato dan harissa / lada kisar.
Didihkan sebentar dan kemudian renehkan atas api kecil selama 15 minit.

**Panaskan oven dengan suhu 200C. Masukkan satu bekas tahan panas ke dalamnya.
Boleh tambahkan sedikit air jika kuah sudah terlalu kering. Masukkankan daun ketumbar.
Masukkan bebola daging dan renehkan lagi selama 10 minit. Sesuaikan rasa garam.
Alihkan kesemuanya ke dalam bekas tahan panas tadi. Pecahkan telur ke atasnya.
Masak dalam oven selama 5-8 minit atau sehingga telur set. Hidangkan panas bersama roti arab.

Secara tradisi, masakan ni dimasak dan dihidang dalam bekas tagine yang masyhur tu. Tapi kita buat cara alternatif tadi la... Teringin benar nak beli tagine sebijik, tapi yang kita ada jumpa tu terlalu mahal la pulak harganya. Cantik sangat pun ya... sayang nak buat masak kalau dibeli. Kalau rupa plain aje mungkin taklah rasa ralat sangat nak letak atas dapur. Hehe... cakap-cakap orang tak mampu... Klik sini kalau nak tengok cara masak guna tagine.

Cik Abang pulak bila nampak lauk dalam kuali... mintak tambah kuah. Jadi kita pun terpaksalah masak kuah tambahan... tapi guna pes tomato. Tu yang kuah kat gambar atas jadi merah menyala.

Untuk rasa yang asli... gunalah rempah-rempah serbuk kayu manis, cayenne pepper dan paprika tu yea... Berbaloi membeli kalau belum ada gerobok dapur. Pemangkin semangat untuk cuba resepi lain pulak kan? kan?

Until later...

Thursday, August 2, 2012

Sudah Kembali Di Doha...

Terlalu lama tak masuk update, jadi terlepaslah tarikh 1 Ramadhan 1433 untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada kawan-kawan pembaca. Untuk itu, kita ucapkan pulak Selamat Menyambut 10 Hari Terakhir Ramadhan yea... Semoga kita semua dapat mengambil manfaat dari hari-hari terakhir yang penuh berkat ni... Insya Allah...

Minggu-minggu terakhir di Batu Pahat sangatlah sibuk. Menguruskan perkara yang last-last minit. Mencari barang-barang makanan yang nak dibawak balik ke sini. Mengemas, mengemas dan mengemas segala beg dan kotak. Semangat orang duduk jauh gini ler...

Serbuk kurma dan serbuk kari ada 10 pek. Ikan bilis, udang kering, asam keping... 6kg semuanya. Lada kering 2kg. Gula melaka 2kg. Gula merah pun 2kg. Ketupat nasi dan ketupat palas segera 10  pek. Tepung beras - hot item kat Doha ni... 9 pek. Jem nenas ready made 1 1/2kg... hehe... Semangat nak buat kuih raya la ni... Kita tengok nanti jadik ke tak jadik eh...

Kicap pulak 8 botol besar. Keropok, belacan, budu, cencalok, petis pun sempat disumbat.  Adooii... Itu item besar-besar. Yang kecik-kecik... yang selit-selit hentah apa-apa barang lain  pun banyak jugak. Sebenarnya... ini pun dah pendek dah senarai sebab ada beberapa bahan makanan yang boleh jumpa penggantinya kat sini. Itu baru makanan...

Barang kosmetik pun kena bawak. Sabun beras untuk kita, sedozen. Aqua cream 3 tub besar. Aqua cream ini aje yang sesuai Cik Abang gunakan. Terpaksalah angkut sebab kat sini... yang ada pun punyalah mahal harganya. Barang-barang muka Si Hannan pun kita beli extra 2 set. Hai... muka budak dah masuk remaja ni kalau tak dijaga... sayang. Kulit dari elok... jadi rupa macam-macam karang.

Kat sini tak ada satu pun yang sesuai dengan kulit muka dia. Lepas bekal yang dibawak dulu habis, terpaksalah kitaorang bereksperimen. Jadi macam-macam rupa kulit muka Cik Kak tu... kesian ada... kelakar pun ada... Nasib baik takde kerosakan kekal... hahaha...

Buku-buku yang dibeli.. kebanyakannya hardcover copy. Berat ooo... Akhirnya 2 beg besar, 1 beg medium dan 9 kotak diangkut balik. Satu kotak besar khas berisi produk penjagaan berat badan untuk kita. Stok setahun tu... hahaha... Nak buat camana... dah masuk alam Midi ni, perlukan pertolongan nak menjaga badan. Tak macam masa muda-muda dulu... hahaha...

Perjalanan balik ke Doha kali ni takde ambik-ambik gambor dah. Semuanya lembik... nak angkat kamera pun tak larat. Yang ada pun ini aje... gambar dalam bas shuttle dari Concorde Inn ke KLIA. Muka masing-masing masih segar-bugar...
Haniis dah potong rambut. Habis hilang gulung-gulung keriting rambut dia...
Kitaorang transit di Abu Dhabi beberapa jam dan bila cecah bumi Doha... masing-masing semua letih-lesu dan jet lag. Si Aarif sampai boleh tertidur sambil berdiri... jangan tak percaya. Kat Airport sumbat barang dan orang dalam 3 teksi.

Sampai rumah dalam pukul 2.30pg. Rasa nak pitam bila kita tengok rumah. Debu tanah tebal serata lantai dan perabut. Kat dapur lagilah... dari lantai, ke countertop, ke pinggan-mangkuk kat sink, ke dinding... Semuanya berselimut debu... Nasib baik tingkat atas cuma habuk-habuk yang tahap biasa aje...

Pukul 3.30pg waktu subuh pun masuk. Lepas solat, kitaorang tidur sampai kesiangan... Kumpul tenaga nak mengemas rumah pulak...

Until later...