Wednesday, March 23, 2011

2 Minggu yang Berlalu...

Lama betul kita tak kesini... Sejak dari sebelum cuti sekolah lagi, dari sehari kesehari, tak sempat-sempat kita nak berlabuh. Lain macam betul kelam-kelibutnya.

Pertama sekali, Abah Mertua kita sakit teruk sejak Jumaat 11hb kelmarin. Malam tu Cik Abang terus bawak ke Hospital. Dia nak bawak ke Hospital Pantai tapi Abah Mertua tak mau. Dia nak ke Hospital Batu Pahat.

Jadi ikutkan ajelah. Sudahnya... 5 hari Abah Mertua kena peram kat situ tanpa rawatan dan diagnose yang benar-benar pasti. Hari Selasa 15hb dia dapat keluar dengan appointment seterusnya pada bulan Mei nanti.

Tapi malam tu sakitnya datang balik dan Cik Abang terus hantar dia ke Hospital Pantai. Masuk lebih kurang pukul 11.00 mlm. Pukul 3.00 pagi itu juga semua ujian, scan dan diagnose dah dapat.

Rupa-rupanya, bukan aje ada batu kat dalam hempedunya, benda tu pun dah membengkak dan bernanah. Ada pulak batu yang dah masuk ke dalam saluran yang bersambung ke pankreas. Serius dah tu. Tak boleh lengah-lengah, takut hempedunya pecah.

Alhamdulillah... pembedahan dah pun dibuat hari Rabu 16hb dan dia selamat balik ke rumah hari Isnin 21hb. Tabik kat Dr Ghazali. Cekap, pantas dan sangat dedikasi.

Dalam pada tu, terjadi pulak satu hal yang menggegarkan ketenteraman hati dan fikiran. Ah! Sungguh tak terkata kita dibuatnya. Tapi Alhamdulillah... berkat sokongan Cik Abang, dapatlah kitaorang sekeluarga menghadapinya dengan tenang walaupun hal ini belum berkesudahan. Hanya doa sahaja yang mengiringi hari-hari yang mendatang, Insya Allah.

Jumaat lepas kitaorang ke KL. Itu pun kerana Cik Abang ada perkara yang perlu-perlu sangat diuruskan. Kalau tak memanglah tak pergi, apatah lagi Abah Mertua masih di hospital.

Jadi dapatlah bawak budak-budak berjalan-jalan walaupun sekejap. Kitaorang pergi ke Pameran Dinosaur di Pusat Sains Negara. Wwaaahh... ramainya orang! Sesak! Tapi nak buat camane... layan ajelah, dah namanya pun tengah cuti sekolah.

Amiin tanya, kenapa T-Rex ni tak nyanyi. T-Rex yang menyanyi tu kat Petrosains KLCC la Yang...

Cuma bila masuk ke dalam pameran, 'ter'mengomplen jugaklah mulut ni. Bukan apa... patung-patung dinosaur tu dah OK dah. Dengan gaya bergerak dan mengaumnya tu, sesekali seriau jugak. Bila tenung lama-lama macam real la pulak... hehehe...

Yang tak OK tu cara susun atur pamerannya. Kebanyakan pokok-pokoknya dah kering-kering. Alaaahaai... apalah sangat kalau keluarkan modal sikit dan lantik satu nursery untuk ganti pokok-pokok dalam pameran tu. Biarlah nampak segar menghijau dan kena dengan setting gambaran kehidupan dinosaur. Barulah betul-betul WOW! dan berbaloi. Terutamanya bagi orang-orang yang berangkut dan bermodal datang dari jauh, kan? kan?

Gggrrrr...

Apapun, yang penting... dapatlah budak-budak ni melapangkan dada dan menghilangkan lenguh hampir seminggu duduk kat rumah sepenuh masa. Sambil tu dapat jugak diaorang jumpa dan borak-borak dengan sepupu-sepupu diaorang.

Lompat-lompat main piano besor...

Adeem dan Rafiq...

Amiin dan Elysha...

Until later...

Tuesday, March 8, 2011

Durian, Betik, Belimbing Buluh & Cili...

Haaa... inilah tema entry kita hari ni. Buah-buahan... Jom tengok.

Kuning-menguning, lemak manis...

Alhamdulillah, sekarang musim durian. Walaupun masih baru jatuh sebijik dua dalam sehari, dapatlah jugak memenuhi selera. Ini Durian 101 jatuh sulung. Yang lain-lain masih melekat kat pokok. Sementara menunggu, kitaorang makan la durian kampung yang tak kurang sedapnya.

Serawa Durian, ringkas dan sedap...

Balik ke Parit Besar, kitaorang bawaklah sebijik dari Minyak Beku. Campurkan lagi 3 bijik yang Abah kita beli... muai. Malam tadi Mak mintak kita buatkan Serawa Durian, dia nak makan dengan Roti Jala. Baru berkira-kira nak buat petang nanti, tapi balik dari kelas pagi tadi, Mak dan Abah dah beli. Nasib baik ada sekotak Santan Harmoni kat dapur. Tak sampai 15 minit... siap!

Menyambal...

Yang ini pulak lauk makan tengahari kat Minyak Beku semalam. Mak Mertua rebus betik muda dan makannya cicah dengan Sambal Colek iaitu belacan + cili + air asam jawa. Sedap... Kalau masak Bening pun sedap jugak. Masak Bening tu masak Air la. Main rebus-rebus aje... kalau letak daun kunyit lagi sedap.

Sambal Hitam tu kita yang buat. Permintaan Cik Kak Hannan. Beria-ria sangat mintak, jadi kita suruhlah dia pergi petik Belimbing Buluh kat belakang rumah. Ingat nak suruh dia buat sendiri, yelah... biar dia belajar-belajar biasakan diri kat dapur... tapi datang Si Haniis pulak meragam mintak dukung. Cik Abang tengah menolong buat reban ayam dengan Abah Mertua. Masa tu pulak kita tengah menghiris daging, hmmm... sudahnya kita jugak yang buat.

Bila dah hidang kita tanya, "Sedap tak?" Dia jawab, "Okeylaaa.." Hah!! Okeylaaa? Separuh pengsan kita ni bersin 28 kali masa menumis sambal tu, dia boleh kata Okeylaaa aje? Cakaplah "Sedapnnyaaaa... Ibu ni memang best in the world!" ke apa ke kan? kan? Hmmm... urut dada dan sabor ajelah...

These are my feet...

Ini Haniis. Dah kenal kaki dan dah laju bergolek-golek serata rumah. Si Haniis ni buah apa? Buah hati laaaa... hahaha...

Until later...